Kerjaya kelab Bryan Cristante

Kerjaya awal

Cristante telah dilahirkan di San Vito al Tagliamento tetapi dibesarkan di San Giovanni di Casarsa. Di sana, beliau telah didedahkan dengan permainan bola sepak dan mula bermain sukan itu sejak usia kanak-kanak lagi.[2] Beliau telah berpindah ke Liventina Gorghense, sebuah kelab amatur di Wilayah Treviso sebelum menyertai A.C. Milan pada tahun 2009.[3]

Milan

Cristante telah melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 6 Disember 2011 semasa berusia 16 tahun dan 278 hari. Beliau beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah selepas menggantikan Robinho ketika menentang Viktoria Plzeň.[4] Beliau menjadi pemain Milan termuda yang melakukan penampilan sulung dalam pentas Liga Juara-Juara selain pemain muda ketiga kelab yang tampil untuk beraksi.[5][6]

Cristante telah dipilih sebagai pemain terbaik di Torneo di Viareggio 2013. Pada 4 Mac 2013, Cristante telah menandantangani kontrak pertamanya sekali gus meletakkannya sebagai pemain Milan sehingga tahun 2018. Beliau mula menyertai skuad senior pada permulaan musim 2013–14.[7]

Pada 10 November 2013, beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A dengan menggantikan Kaká dalam aksi menentang Chievo Verona yang berkesudahan seri tanpa jaringan.[8] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Milan pada 6 Januari 2014 ketika menentang Atalanta.

Benfica

Pada 1 September 2014, Cristante telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab gergasi Portugal, Benfica[9][10] dengan perpindahan bernilai €4.84 juta.[11]

Pada 12 Disember, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi Primeira Liga menentang Vitória Setúbal.[12] Pada 14 Januari, beliau telah merekodkan gol pertamanya untuk Benfica dalam pusingan ketiga Piala Liga Portugal menentang Arouca.[13]

Atalanta

Cristante berpindah ke Atalanta secara pinjaman dari Benfica pada Januari 2017. Atalanta kemudian membawa masuk Cristante secara tetap pada musim panas 2018.

Roma

Pada 8 Jun 2018, Cristante telah dipinjam ke Roma selama satu tahun dari Atalanta. Pada 28 Februari 2019, Roma telah melakukan rundingan untuk membawa masuk Cristante secara tetap ke sana.[14]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bryan Cristante http://www.goal.com/en/news/1717/editorial/2011/12... http://www.soccerway.com/players/%7B%7B%7Bid%7D%7D... http://www.thefinalball.com/player_titles.php?id=2... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://history.viareggiocup.com/premio-golden-boy.... http://english.gazzetta.it/Football/06-12-2011/pat... http://www.ilgiorno.it/milano/sport/calcio/2011/12... http://www.milannews.it/?action=read&idnotizia=676... http://milanpassion.it/2013/06/esclusiva-mp-crista...